Gelak ketawa rakan-rakan seperjuangan dalam sukan.. kita semua sebenarnya bersatu hati untuk mencapai misi masing-masing..dengan cerita dan pandangan tersendiri tentang kehidupan ..
Gelak ketawa rakan-rakan seperjuangan, yang siang malam, merentasi minggu, bulan dan bertahun lamanya, persahabatan itu tetap utuh, kerana ada pengalaman yang sama dikongsi bersama, cerita-cerita ‘training’ dan ‘race day’ yang tak jauh dituturkan..
Minggu merentasi bulan..bulan merentasi tahun.. tahun merentasi dekad..
Gelak ketawa rakan-rakan makin kurang kedengaran,
Sejenak melepasi ‘WA Status’, sejenak melepasi ‘Story’,
Masing-masing dengan haluan dan azam masing-masing yang terkini,
Kadang-kadang berselisih..
Kebanyakannya ‘parallel’, tiada bertemu, hanya intipan rawak untuk mengetahui perkembangan kehidupan masing-masing.
Kerana apa tidak bertemu?
Landasan lain-lain, dan ruang lingkup ‘cyber’ sebenarnya kadang-kadang menjauhkan..
Yang merapatkan itu niat, yang merapatkan itu adalah ‘care dan compassion’..
Banyak kali dalam dunia bersukan ini, kita melihat kebelakang menanti rakan untuk mengejar kita..
Adakalanya..kita yang memerlukan rakan di hadapan untuk memperlahankan rentak untuk memberi sedikit anjakan kepada kita..
Hook, draft, towing, tunggu, regroup, RV—semua frasa yang lazim kita gunakan sebagai ekspresi ‘we’re here for you…’..

Laju tak laju dalam sesebuah group, team (dan seangkatan dengannya), adalah kedua..Yang penting keselamatan setiap ahli tersebut. Tak kisah lah waktu training lari, bike mahupun swim (especially Open Water Swim – OWS)..
Objektifnya ..semua yang ikut training, pulang dengan selamat. Sama juga, bila masuk event.. sapaan dan jeritan nama-nama kawan yang kita lalui, yang ‘on the other side of the road’, semua penjadi pemangkin untuk kita teruskan misi. We are never alone.
Yang boleh terbang tinggi, tiada penghalangnya.. malah, teruskan…! Yang ingin terbang jauh, berkelompoklah bak resam burung yang hanya Tuhan saja tahu betapa jauhnya penghijrahan mereka.. begitu indahnya fitrah Ilahi.
Kalah, atau menang..itu resam dalam bersukan.. ada naik turunnya.. begitu juga dalam cabaran sebenar dalam sesebuah kehidupan.. Penuh pancaroba, liku dan gunung yang dihadapi..
Sekiranya parameter dalam bersukan diguna pakai dalam kehidupan, parameter itu lama-kelamaan akan patah.
Realitinya berat ujian dalam bersukan, berat lagi ujian kehidupan yang menduga.
Jika dahulu kita bersorak untuk rakan-rakan ke finish line.. kita teruskan sokongan buat mereka walaupun mereka tidak dapat menghabiskan acara masing-masing..
Begitu juga buat rakan-rakan yang diuji dengan macam-macam ujian.. simulasi yang dahulu memberi support kepada rakan-rakan..sila teruskan..! Ambil peduli walaupun tidak lagi dalam ‘perlumbaan’ yang sama.. Intipan rawak, take a sneak peek untuk ambil cakna rakan-rakan yang pernah bersama-sama kita tatkala kita mudah dan berupaya, tatkala kita rasa kita dalam keadaan ‘prime’ dan ‘peak’.. ‘Litmus test’nya..sekiranya memang self-serving sorakan tersebut, kepuasan dalam persahabatan hanya dinoktahkan di situ. Bukan soal salah atau betul yang ditimbang disini..
Sekiranya, rakan-rakan masih relevan dalam arti kehidupan yang jauh lebih luas dari konteks dunia ‘bersukan’, anda akan dapati anda mudah untuk ‘reach out’.. Its not what you do when needed or expected, but what you do when its least expected.

Ramai rakan-rakan kenalan peribadi/acquaintance dari 2005..yang kini diuji dengan masalah kesihatan.. sifu-sifu ‘lagenda’ kita dahulu dalam dunia triathlon dan berbasikal..Ah Thiam, Abe Hasnee, Razani Hussain (Almarhum)..
Yang pernah accident dulu.. Esmen, Azmar,..
Yang hilang pekerjaannya…
Dan ramai yang dah tiada.. ie arwah TSB, Dett, Akmal Mohd Arifin Mendiang Jimmy Liew , @sharon (Pacesetters Kuantan), rakan Powerbar Team Elite Mendiang Ngae Koh Hieng Aaron Tan
Dan tak lupa rakan-rakan yang masih hidup ni.. life is hard…kadang-kadang sukan ni memang jadi ‘escapade’.. it brings us to a happy place, thanks to the adrenaline and overall excitement which comes with it..
But once its over, apa sebenarnya yang menjadi tambatan kita agar tidak hanyut dibawa arus.. ranting mana yang boleh dipaut, rakan mana yang menghulur tangan untuk kita sambar dan ‘hold on to’.. ?
We’re pretty much on our own kerana lelah penat, perit getir kehidupan itu kebanyakan tidak kelihatan.. tidak dapat diucapkan, tak dapat dizahirkan..
Buat rakan-rakan yang sangat diuji tatkala ini, berpautlah to your faith, jangan putuskan doa. Tapi exit route dan plan, perlu ada. Jika tiada, tidak terlalu lambat untuk membuat rancangan. Tiada marshall yang akan mengejar anda supaya tidak dipintas Cut off time,.tiada race director yang menetapkan anda DNF atau DQ. Semuanya mainan minda, dan anda HARUS bijakkan minda anda bermain minda dan emosi anda. Turutkan dengan goal setting dan action plan.. and please, take it one at a time.

Semua dalam kawalan anda sendiri dan percayalah, dalam ‘game’ kehidupan ini yang kerap bertukar ‘rules’nya, ‘satisfaction’ atau kepuasan hati itu berlaku atas tiket ‘hard wins’.. dan bukan ‘quick wins’. If you’re in it for the long game, you’ll strategise and take your time as you know banyak perkara dalam kehidupan ni, take years sebelum membuahkan hasil.. seperti mana fasa kita mencari ilmu, membina kerjaya mahupun membesarkan keluarga masing-masing.
Biarlah fitrah into menjadi landasan kita—supaya kita lebih fokus dan dapat ‘prioritise’ apa yang utama… Setiap perkara itu ada ruang dan waktunya masing-masing. Kalau SuperHero pun kena choose their battles, inikan kita manusia yang penuh kealpaan dan kekurangan ini. Jangan digadai masa depan sendiri (mahupun anak-anak kita) demi ‘quick wins’ yang sebentar sahaja hangatnya. Kalau dapat score 2-2, terbaik..kalau tak, reality check itu penting.
Kalau setiap kali cross finish line pon kau cakap ‘Now what? ‘, it means you need to move on. Jika anda seorang ibu/ayah, your battles are bigger– raising a family is no game, dan tiada kompromi.
You have your priority, and you gotta make sure you’re in your A-game to be fit as a mom/dad. Mental and physical health penting. Work life balance penting. Dan paling penting (dari Islamic POV) adalah amanah kau terhadap anak-anak ..dan hak anak-anak yang boleh dituntut dari ibu bapa. Memberi nama yang terbaik, memberi kasih sayang dan ‘upbringing’ yang terbaik, dalam keadaan yang selamat etc. If you’re handling elderly parents, rules sama digunapakai.. you need to be in your A-game to be there for those under your care.
So memang padanlah bila aku support Chan on his last 300m-400m last Saturday at Ironman Langkawi, dia sendiri yang mengaku, tak senang untuk training as a father. Well, welcome to my world Chan! And to the rest of you who have tilted the balance to fully take charge of your priorities to what really matters; each of us in our own lil ways. (Believe me, so many of you are sifus, on and off the race course)

To my old friends whom I’ve not reached out to..mohon maaf.. but I hope anyone who need to speak out and reach out for any issue, especially if its a real struggle which is beyond you.. reach your closest , safest and trusted family/riends.. if need someone neutral, hey i’m here.! (Waves!!)..
Apa-apa pun, tahniah kepada SEMUA my friends new and old yang mengambil bahagian dalam Ironman Langkawi Malaysia, Ironman 70.3, semua T.Os, volunteers, supporters rasmi dan tak rasmi, dan juga those yang support dari jauh. You all terhebat, and if this year was not your year, come back stronger & wiser. Pasti ada pembelajaran yang kau boleh ambil dari 2025.
Letak pena dulu (sambung kemudian),
missjewelz
3 Nov 2025
#missjewelz #ironmanlangkawi #outsidelookingin
![Outside Looking In, Looking Through [Belated Post]](https://i0.wp.com/missjewelz.org/wp-content/uploads/2026/09/fb_img_1682945224908.jpg?resize=200%2C200&ssl=1)



Leave a comment