Serba lengkap tidak bermakna melengkapi
Mind-set ‘Semua diberi, Semua disediakan dan Semua dimudahkan’ dalam proses pendidikan anak kita adalah kontra-efektif. Anak-anak zaman sekarang serba lengkap, dan terutamanya di bandar-bandar yang besar dimana infrastruktur dan akses kepada pelbagai kemudahan adalah ‘within reach’.
Secara langsung dan tak langsung memberi kesan kepada corak dan cara pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah. Skop pembelajaran dalam perkembangan anak-anak kita itu sebenarnya meluas dan tidak tertakluk sahaja dalam kebolehan akademik mereka, mahupun keterlibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti ‘extracurricular’.
Malah, aktiviti projek berkumpulan juga adalah salah satu ‘mode’ pembelajaran, bukan sahaja untuk memenuhi markah dan rubrik pemarkahan, tetapi menjadi satu medan dan peluang untuk anak-anak ‘discover’ potensi masing-masing samaada dalam bekerja berkumpulan, komunikasi, memimpin dan membawa perbincangan yang baik, semua untuk mencapai satu matlamat.
Bila diberi peluang sebegini, dalam sesebuah subjek, sebagai contoh ‘Sains’, atau ‘Sejarah’, anak-anak ini akan sedar intellektual dan kebolehan itu ada bezanya, dan cara untuk menguji aspek-aspek ini juga akan berbeza. Kebolehan seorang anak darjah 6 dalam subjek ‘Matematik’ yang mungkin mendapat Gred C, tidak mencerminkan kebolehannya menjadi ahli Pengakap atau ahli kelab debat yang cemerlang.
—————————————————————
Psikologi perkembangan kanak-kanak menyenaraikan berikut sebagai facet utama:-
Perkembangan fizikal
Perkembangan kognitif
Perkembangan sosial dan emosi
Perkembangan bahasa dan komunikasi
Perkembangan moral
—————————————————————
3D atau 2D ?
Jika kita sebagai orang dewasa faham anak-anak kita bukan sekadar ‘slate’ yang leper, atau 1D, atau 2D, maka lagi mudah kita untuk menghargai mode/pendekatan yang pelbagai yang digunakan dalam sistem pembelajaran, bagi ‘formal education’. Bagi ‘informal’ education yang secara amnya datang dari ibubapa dan penjaga, struktur dan prosesnya lebih fleksibel dan kurang rigid. Ibubapa dan penjaga ada lebih ruang untuk mendidik anak.
Agama dan ‘to a certain extent’, budaya, memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Kita sebagai ibubapa, dan buat anda-anda di luar sana yang bakal menjadi ibu dan ayah satu hari nanti, pembelajaran bagi kita diri sendiri itu untuk skop ‘parenting’ itu berterusan. Bagus jika boleh diimbangi ‘di antara yang ‘formal’ dan ‘informal’. Sebagai contoh syllabus di peringkat pendidikan formal di sekolah VS di luar sekolah.
Contoh (Formal)
Anak-anak diberi peluang untuk menyiapkan projek berkumpulan. Ibu bapa ada yang prihatin, dan menyiapkan terus ‘points’ yang difikirkan boleh dimasukkan ke dalam projek. Ada pula yang berfikir, tiada perlu untuk perbincangan ‘fizikal’ dan buat sahaja di atas talian. Ada yang berpendapat, ‘face-to-face’ adalah membuang masa, dan lebih baik dan ‘efficient’ dilakukan atas talian, dengan cara membahagikan terus tugasannya.
Di sini, ibu bapa berperanan untuk menjadi ‘enabler’ dan ‘disabler’ kepada proses pembelajaran anak-anak bagi aspek-aspek kemahiran (skills) dan kebolehan (competency). Adakah anak-anak boleh berbincang dalam aktiviti berkumpulan? Mampukah anak-anak sendiri mencapai kata putus samada pembentangan akan dibuat menggunakan Canva, atau menggunakan kad manila/kertas A3?
Adakah seorang ibu kepada salah satu ahli kumpulan yang akan menjadi penghalang buat ahli-ahli kumpulan yang lain dengan mendominasi perbincangan dan menganggap hanya pendapat dan cadangannyalah yang terbaik dan ‘perlu’ diguna pakai?
Contoh (Informal)
Anak kecil berumur dalam linkungan 7-9 tahun bermain di eskalator di sebuah pusat membeli belah. Ayahnya berada di eskalator untuk bergerak atas dari Tingkat 5 ke 6. Anaknya pula di eskalator di sebelah, cuma ‘berjalan/berlari’ di atas eskalator dan melawan arus. Kononnya ingin ‘have some fun’. Si ayah pula leka dan alpa tanpa sebarang teguran buat anaknya yang bertindak secara merbahaya.
Di sini, didikan ‘informal‘ di luar sekolah secara langsungnya terletak atas ibu bapa. Apa yang dididik, apa yang diteladani melalui tingkahlaku dan personaliti ibu ayah sendiri, larangan dan kebenaran yang dinormakan di ruang rumah dan di ruang awam- menjadi satu ‘template’ untuk ditekap, diimbasi dan diikuti oleh anak-anak yang memerhati.
Ada pula ibu bapa yang begitu asyik di kaunter bank sehingga anaknya boleh pula menconteng ‘lukisan’ pada bahagian kaunter yang menghadap keluar. Sama ada, perbuatan itu diperhatikan atau tidak, Allahu’alam. Budaya dan nilai bank itu sendiri boleh menjadi ‘enabler/disabler‘ untuk memberi sebarang mahupun ‘ toleransi sifar’ untuk tingkahlaku sebegini.
Ada pula ibu bapa yang sewenang-wenang membuang sampai di merata-rata tempat. Apakah ini indikasi ibu bapa sendiri tidak dididik secara baik, dan anak-anak merekaterpaksa berdepan dengan kelakuan ibu bapa yang tidak boleh dicontohi sama sekali?
—————————————————————
In Islam, and grounded on tarbiyah (nurturing), key facets for childhood development is as follows;
Spiritual Development (Fitra & Iman)
Moral and Ethical Education (Adab & Akhlaq)
Intellectual Growth (‘Aql)
Social and Emotional Well-being
Physical Development & Health
—————————————————————
Rumusan
Pembentukan anak-anak kita bermula sebelum mereka lahir lagi; Dari perspektif Islam, ini termasuklah dalam memilih pasangan yamg boleh menjadi ibu/ayah yang baik dan memberi nama-nama yang baik.
Pembmbentukan anak-anak kita bermula sebelum mereka melangkah ke sekolah. Dan didikan itu tidak terhenti saat mereka tamat persekolahan dan melangkah ke tahap pendidikan seterusnya. Malah, dizaman mutakhir ini, perlu dipimpin lagi tangan mereka, tanpa merencatkan ‘self-discovery‘ mereka.
Ibu ayah yang prihatin dan mengambil berat tentang ‘pendidikan’ anak mereka perlulah sedar yang kita bukan sahaja menyediakan tempat berteduh, makanan dan pendidikan buat mereka. Kita juga perlu memahami konsep ‘empowerment‘ buat anak-anak kita, dan juga buat guru-guru di sekolah. Di Singapura, ibu ayah tidak dibenarkan menghantar barang yang ‘tertinggal’ di rumah. Polisi pendidikan ini menekankan kebertanggungjawaban dan penyelasaian masalah (problem solving) dalam situasi di mana ada yang tidak ada atau tidak lengkap.
‘Controlling‘ atau ‘over-controlling‘ oleh ibu ayah adalah tabiat yang perlu dipandang secara kritikal, dan bukan untuk menyatakan ibubapa tiada ‘say’ dalam pendidikan formal anak-anak. Realiti yang mungkin diambil secara ‘granted‘ adalah; ibubapa sebenarnya memiliki peluang emas yang meluas dan mendalam untuk memberi didikan yang dapat membentuk anak-anak dengan nilai-nilai yang terbaik, yang kita sendiri percayai dan tonjoli/’portray‘ dalam tingkahlaku, lisan , cara berinteraksi, hubungan kita dan cara kita membuat putusan..
Dalam erti kata lain, refleksi diri, menilai dan menimba ilmu perlu berlaku, dan disusuli dengan tindakan, yang akan mendatangkan hasil yang diingini dan pendidikan yang syumul dan menyeluruh untuk anak-anak kita.
Allahu’alam.
.
Juliana Ali
MHSc Industrial Organisational Psychologist
19 April 2026
——————————
Nota tambahan;
Ibu ayah disarankan menyertai Persatuan IbuBapa dan Guru di sekolah anak, atau mana-mana kumpulan ibubapa yang boleh bertindak sebagai jambatan dengan sistem pendidikan– menghubungkan pihak sekolah, ibu bapa dan guru– demi kualiti pendidikan fan masa hadapan anak-anak kita.


Leave a comment